Takiyuddin wakil PAS dalam PAC

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan akan menganggotai  Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebagai mewakili PAS di dalam jawatankuasa itu.

Sebelum ini PAS diwakili oleh Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar namun beliau telah mengisytiharkan dirinya sebagai ahli PKR baru-baru ini.

Takiyuddin yang juga dipilih berdasarkan keputusan yang dibuat oleh Dewan Harian PAS Pusat.

Perkara ini dimaklumkan Takiyuddin sendiri merangkap sebagai Ketua Whip Ahli Parlimen PAS.

Pemilihan juga dibuat ekoran berlakunya pelantikan Pengerusi PAC yang baru iaitu Ahli Parlimen Rompin Datuk Hasan Arifin pada 19 Oktober lalu.

Pelantikan ahli jawatankuasa PAC mestilah terdiri daripada enam Ahli Parlimen daripada BN dan Pembangkang.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed meletakkan jawatannya pada 29 Julai 2015 setelah dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri sekaligus siasatan terhadap kes 1MDB terpaksa ditangguhkan.

Ahli Jawatankuasa Pemilih Parlimen Ketiga Belas sebelum ini, yang diketuai oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, bertanggungjawab melantik Ahli Jawatankuasa PAC.

PAC yang baharu ini akan memulakan kembali siasatan terhadap 1MDB selepas laporan penuh Ketua Audit Negara mengenai syarikat pelaburan negara itu disiapkan untuk diteliti oleh PAC. - HARAKAHDAILY 21/10/2015

Share on Myspace