Intifadhah III: Korban syahid Palestin terus meningkat

HARAKAHDAILY | .

Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan bahawa jumlah korban syahid Intifadhah jilid III hingga Selasa malam (20 Oktober 2015) bertambah menjadi 51 syuhada dan 1,900 yang lain cedera.

Korban syahid terdiri daripada 11 kanak-kanak berusia antara 10-17 tahun, lapan di antaranya berasal dari wilayah Tebing Barat dan dua yang lain dari wilayah Jalur Gaza, ujar Kementerian Kesihatan Palestin.

Sementara itu jumlah mangsa yang cedera akibat peluru tajam dan getah mencapai 1,900 orang dan lebih 3,500 yang lainnya mengalami sesak nafas akibat menghirup gas beracun, termasuk 233 kanak-kanak di Tebing Barat sejak meletusnya gelombang Intifadah pada awal Oktober ini.

Hingga kini penentangan terus berlangsung di seluruh wilayah Palestin, menyeru pembebasan Masjid Al-Aqsa daripada penjajahan Zionis Israel. (Eramuslim)

Share on Myspace