2 drone Amerika jatuh di Iraq, Turki pada Oktober

HARAKAHDAILY | .

DUA pesawat tanpa pemandu (drone) Predator milik tentera Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini jatuh dalam insiden berasingan di Timur Tengah, kata seorang pegawai tentera AS.

Juru bicara tentera AS, Kolonel Steve Warren, semalam mengatakan bahawa insiden pertama berlaku di Iraq pada 16 Oktober, lapor Press TV.

Pesawat itu kemudian ditemui di sekitar bandar timur Kut oleh polis tempatan Iraq yang kemudian mengembalikan pesawat kawalan milik AS itu. Tidak ada yang menderita kecederaan dalam kemalangan tersebut.

Dalam kes kedua pada 19 Oktober, Predator lainnya jatuh di bahagian selatan Turki kerana kegagalan mekanikal, kata Warren.

"Berlaku kegagalan mekanikal terhadap pesawat. Angkatan Udara dalam hal ini mengekalkan kawalan positif dari pesawat dan membawanya turun dengan selamat di kawasan yang tidak berpenghuni," ujarnya dipetik laman Islampos.

Share on Myspace