Bajet 2016 lesu, tiada faktor 'wow' untuk semua

MUHAMMAD FAIZAL | FOTO WAN ZAHARI | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berpendapat Bajet 2016 yang diumumkan semalam adalah 'bajet 60 sen' Datuk Seri Najib Razak sepanjang beliau memegang jawatan Perdana Menteri.

Katanya, di awal Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri kedudukan Ringgit Malaysia hanya RM3.60 untuk satu Dollar Amerika.

"Ketika Najib umum Bajet 2016, kedudukan Ringgit Malaysia berbanding Dollar Amerika adalah RM4.21.

"Ini menyebabkan kita perlu cari tambahan 60 untuk menampung perbezaan tersebut, bagi bajet ini umpama bajet 60 sen Perdana Menteri," katanya kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu, beliau turut melihat apa yang diumumkan kali ini bukan suatu yang mengejutkan, malah kehadiran bajet ini tidak dapat membantu rakyat.

"Bajet lesu dan tidak ada faktor 'wow' yang boleh dibanggakan semua pihak terutama rakyat yang berada dalam keadaan tertekan.

"Hanya mengulangi pemberian BR1M yang meningkat RM50 sahaja, rakyat lihat bajet ini langsung tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat yang disebabkan GST, kenaikan harga minyak dan juga kejatuhan mata wang.

"Bajet ini juga dilihat tidak membantu untuk memperkukuhkan nilai ringgit yang telah jatuh teruk," sambung beliau lagi.

Beliau yang melahirkan kekesalan kerana Najib hanya bergantung kepada poket rakyat melalui GST bagi menambah pendapatan negara tanpa memikirkan sumber baru. - HARAKAHDAILY 24/10/2015

Share on Myspace