Waktu mewah tak beringat, rakyat jadi mangsa GST

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diambil daripada semua rakyat telah menyelamatkan Kerajaan BN daripada bertambahnya hutang negara.

Naib Prsiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, GST telah menampung kekurangan sumbangan Petronas kerana harga minyak turun USD100 kepada USD50 setong.

Tambahnya, tahun 2015 sebanyak RM27 bilion sementara jangkaan 2016 sebanyak RM39 bilion.

Menurutnya, waktu mewah kerajaan tidak beringat, akhirnya yang menjadi mangsa ialah semua rakyat terpaksa membayar GST.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata, tugas kerajaan mencari jalan untuk elak beban kepada rakyat.

"Ingatlah orang yang paling menyesal di akhirat, pemimpin yang tidak menunaikan amanah kepada rakyatnya," ujarnya menerusi laman facebook.

Beliau menyatakan demikian merujuk kepada Bajet 2016 yang telah dibentangkan olh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bertemakan Mensejahtera Kehidupan Rakyat di Dewan Rakyat, Jumaat lepas. - HARAKAHDAILY 25/10/2015

Share on Myspace