Sesi persekolahan seluruh negara seperti biasa esok

BERNAMA | .

PUTRAJAYA: Sesi persekolahan di seluruh negara berjalan seperti biasa esok berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin baik, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid pada Ahad.

"Ini bermakna tiada negeri atau kawasan yang persekolahannya ditutup esok," katanya dalam catatan terkini laman Facebook beliau.

Berdasarkan portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), sehingga pukul 4 petang tadi, empat kawasan mencatat IPU tidak sihat iaitu Pasir Gudang, Johor (106), Banting (101), Pelabuhan Klang (117), Shah Alam (108) di Selangor. - Bernama

Share on Myspace