Kurikulum: Turki kembalikan bahasa Arab selepas 92 tahun

HARAKAHDAILY | .

Setelah 92 tahun lamanya bahasa Arab menghilang dari wilayah Uthmaniyyah pada tahun 1923 lalu, Kerajaan Turki akhirnya memasukan semula kurikulum bahasa Arab untuk pelajar sekolah dasar pada Jumaat lalu.

Dalam keterangan Ketua Pengarah Pendidikan Turki menyatakan bahawa bahasa Arab akan dimasukkan sebagai salah satu pilihan bahasa asing yang perlu dipelajari pelajar kelas dua, tiga dan empat sekolah dasar dan akan bermula pada tahun akademik 2016-2017 mendatang, lapor laman web Eramuslim.

Sementara itu profesor ilmu politik di Universiti Helwan Mesir, Dr Mohammed Al-Saeed, mengatakan bahawa Turki sangat memerlukan bahasa Arab kerana bahasa tersebut adalah bahasa Islam dan Al-Quran yang telah hilang sejak 90 tahun lalu.

"Saya sangat menyokong kembalinya bahasa Arab dalam kurikulum di Turki walaupun beberapa peristiwa politik dalaman dan luaran mempengaruhi dasar dijadikannya bahasa Arab dalam kurikulum di sana," ujar Dr Mohammed Al-Saeed.

Share on Myspace