Bajet 2016: Akan sejahterakah rakyat dan negara?

SITI ZAILAH MOHD YUSOFF | .

BEBAN negara hari ini akibat pemborosan masa lampau. Rakyat tidak terbeban dengan hutang negara yang banyak seperti sekarang jika jika negara diurus secara berhemat sejak awal lagi

Rakyat tidak menyaksikan defisit bajet sudah 18 tahun berturut-turut jika negara ditadbir tanpa rasuah, tanpa ketirisan, tanpa keborosan dan penyalahgunaan kuasa dan pelbagai skandal yang merugikan negara seperti 1MDB, PKFZ, Perwaja steel, BMF dan lain lain yg menelan berbilion duit rakyat selama ini.

Bajet 2016 memperuntukkan RM267 bilion untuk belanja mengurus dan RM52 bilon untuk belanja Pembangunan berbanding dengan bajet 2015 iaitu RM223.4 bilion belanja mengurus dan RM50.5 bilion belanja pembangunan. Jelas, beban pengurusan negara semakin bertambah. Berbeza dengan negara maju yakni dinegara maju bajet membangunnya lebih besar daripada bajet mengurus. Dimana silapnya kita...?

Bajet 2016 juga bajet defisit. Sudah 18 tahun berturut-turut negara mengalami bajet defisit. Bermakna perbelanjaan negara melebihi pendapatan dan hutang negara semakin bertambah.

Kedudukan hutang negara terkini RM627 bilion iaitu 54% daripada KDNK negara, dan hutang yang dikamin kerajaan, maknanya kerajaan sebagai penjamin sudah mencecah RM175 bilion. Kalau dicampur berjumlah RM802 bilion iaitu sudah mencecah 60% dari KDNK negara. Sesebuah negara dianggap tenat ekonominya jika hutang mencecah 55% dari KDNK! Dalam laporan bajet 2016, kerajaan memperuntukkan RM27 bilion untuk bayaran balik hutang negara.

Walaupun PM membentangkan bajet defisit anggaran hanya 3.2%. Namun perlu diingat setiap tahun dan setiap kali persidangan parlimen akan ada mohon bajet Tambahan 3 atau 4 kali setahun dimana tahun lepas saja bajet tambahan dipohon melebihi RM20 bilion...!.

Bajet 2016, menyaksikan penyusutan pendapatan negara daripada pendapatan hasil petroleum akibat penurunan harga minyak dipasaran antarabangsa.

Kini pendapatan kerajaan bergantung besar daripada sumber kutipan cukai GST dari poket rakyat yang dijangka perolehan tahun 2016 hasil kutipan cukai GST hampir RM30 bilion!

Jadi apalah yang rakyat nak kagum dengan bantuan BRIM, KRIM, KWAM dan lain-lain. Ini semua pusingan duit yang sebenarnya asal dari poket rakyat sendiri.

Walaupun nilai BRIM akan dinaikkan, ini duit rakyat dah sebenarnya.

Beban kos hidup yang tinggi, beban tol yang semakin mahal, beban kos rumah yang mahal, penganguran siswazah yang semakin ramai, masaalah pembuangan pekerja sebelum ini oleh MAS dan banyak lagi akan terus menekan kehidupan rakyat bawahan.

Dinegara kita 70% rakyat berpendapatan bawah RM3000 sebulan. Kebanjiran pekerja asing dalam negara terus menjadi saingan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan terutama di stesen minyak, pasar raya, hotel, restoran dikuasai oleh pekerja asing.

Ketidakseimbangan pencapaian ekonomi, Melayu terus tercorot, dasar DEB masih gagal walaupun dah hampir ke tahun 2020, sasaran kerajaan untuk mencapai negara maju berpendapatan tinggi.

Pencapaian ekonomi kaum Cina di Malaysia, 38% mengatasi kaum Melayu dan kaum India 16% mengatasi kaum Melayu dari segi penguasaanny, .tidak wujud keseimbangan. Golongan suri rumah diantara yang sangat terkesan dengan bajet.

Hutang isi rumah di Malaysia antara yang tertinggi didunia iaitu 88% dari KDNK.

Peruntukkan untuk pembangunan dan kemudahan asas untuk negeri sebelah Pantai Timur terutama Kelantan tidak ketara perubahan, namun bajet 2016 menyaksikan peruntukan yang istimewa untuk Sarawak. Apakah ini belanjawan untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak yang berkemungkinan diadakan seawal tahun 2016.

Apakah bajet 2016 mensejahterakan rakyat? – HARAKAHDAILY 26/10/2015

penulis ialah Ahli Parlimen Rantau Panjang, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan

Share on Myspace