Sambutan Memali: Pemuda PAS tangguh ijtimak tarbawi

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Setelah mengambil kira beberapa isu dan pandangan daripada pelbagai peringkat jentera parti, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) ingin memaklumkan penangguhan program Ijtimak Tarbawi DPPM 2015 yang dirancang akan diadakan di Kampung Memali, Baling, Kedah pada 20 hingga 21 November ini.

Demikian kata Ketua DPPPM, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam satu kenyataan ringkas petang ini.

Justeru, ujarnya DPPM akan menumpukan kepada program Sambutan 30 Tahun Peristiwa Memali yang dirancangkan pada tarikh yang sama dan berharap ia akan lebih meriah dan mencapai matlamat.

"Program Ijtimak Tarbawi DPPM akan kembali menemui anak muda Malaysia pada 2016 nanti insya Allah," katanya. - HARAKAHDAILY 26/10/2015

Share on Myspace