Isu kerajaan negeri dijawab dalam sidang Dun

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Menteri Besar berharap mana-mana Adun yang mempunyai soalan berkaitan kerajaan negeri boleh mengemukakan soalan pada persidangan Dun yang akan bermula 2 November ini.

Setiausaha Akhbarnya Mohd Asri Mat Daud berkata, Ustaz Datuk Ahmad Yakob telah meneliti soalan yang diemailkan kepada pejabatnya dan akan menjawabnya di persidangan Dun nanti.

“Oleh itu Menteri Besar berharap wakil-wakil rakyat dapat mengemukakan soalan sepanjang persidangan tersebut diadakan.

“Begitu juga isu dibangkit Adun yang dihantar melalui surat akan dijawab pada persidangan Dun 2 hingga 5 November ini,” katanya di sini.

Difahamkan Adun Salor, Datuk Husam Musa antara Adun yang aktif menghantar surat kepada kerajaan negeri dengan membangkitkan isu termasuk pembalakan di Hutan Simpan Ulu Sat dan pembalakan laluan lebuh raya rakyat.

Selain itu Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK, fakta-fakta isu penswastaan tebangan balak KPK dan pemberian hutan simpan kekal untuk ladang hutan.

Surat tersebut yang sebelum ini diviral di media baru kini dicetak setebal 24 halaman diedar pihak tertentu difahamkan program anjuran PAN Sabtu lepas.

Mohd Asri berkata apabila isu membabitkan kerajaaan negeri diviralkan di laman sosial ia akan mengundang kekeliruan orang ramai yang tidak tahu kedudukan sebenar. - HARAKAHDAILY 26/10/2015

Share on Myspace