Peruntukan IPTA dipotong, macam mana nak bersaing

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menyifatkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan kerajaan kepada rakyat seperti pukat sorong, ikan bilis dan ikan jerung semuanya kena.

"Kaya, miskin, kanak-kanak, pelajar semuanya terlibat," tulisnya menerusi laman facebook.

Paling malang, katanya peruntukan untuk institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam Bajet 2016 sebanyak RM7.3 bilion iaitu pengurangan sebanyak RM1.44 bilion berbanding tahun 2015 yang berjumlah RM8.7 bilion.

Justeru, ujar beliau macam mana kualiti pendidikan tinggi negera hendak bersaing di peringkat antarabangsa.

"Inilah bahana membazir dan tidak beringat ketika kaya," ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi.

Mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), katanya ia telah dimuktamadkan pada 5 Oktober 2015 di Atlanta.

Baginya, perjanjian dagang yang melibatkan 12 buah negara itu, atas apa alasan sekalipun, TPPA ialah bentuk penjajahan baru.

Menurutnya, walaupun ada kebaikan, tetapi mudarat lebih besar daripada manfaat.

"PAS tegas menolak TPPA jika dibentang di dalam parlimen," katanya. - HARAKAHDAILY 27/10/2015

Share on Myspace