Jangan ragu selagi dasar PAS ialah Islam

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .

 

TELUK INTAN: Ahli PAS diingat agar tidak ragu-ragu dengan perjuangan PAS selagi dasarnya ialah Islam, demikian tegas Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim semalam.

Jelasnya, dasar Islam yang termaktub dalam Perlembagaan PAS Fasal 3 membuktikan perjuangan PAS berada di atas landasan Islam sebenar, sekaligus berbeza dengan parti yang lain.

Beliau berucap demikian pada Kuliah Politik di Dewan Kompleks PAS Teluk Intan (KOMPASTI), Kampung Padang Tembak, di sini 26 Oktober.

Katanya, PAS memperjuangkan Islam sepertimana perjuangan Rasulullah SAW yang sentiasa diuji dengan tribulasi musuh.

"Semua peringkat pimpinan dan ahli perlu terus yakin serta istiqamah bersama perjuangan ini, jangan sekali melawan arus," nasihatnya.

Beliau juga berkongsi landskap semasa politik yang berlaku di Selangor untuk perkongsian bersama dalam kuliah tersebut.

Turut digandingkan bersama beliau ialah Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Intan, Mohd. Azhar Rafiei.

Mohd Azhar menyifatkan rakyat perlu celik politik Islam dapat membuka minda serta membuat pertimbangan antara yang haq dan batil.

"Isu 1MDB merupakan isu besar negara sepatutnya bukan sahaja dilihat dari sudut pembaziran semata-mata tetapi juga kepada sikap amanah dan integriti pengurusan kepada rakyat," ujarnya. – HARAKAHDAILY 27/10/2015

Share on Myspace