Kunjungi Wat Siam: MB teruskan dasar TGNA

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Dasar Membangun Bersama Islam (MBI) yang dicetus Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat 25 tahun lalu membawa PAS melangkaui sempadan budaya dan kaum.

Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata keberanian arwah Tok Guru apabila berkunjung ke Wat Siam di Tumpat bagi mengadakan pertemuan dengan sami dan masyarakat Siam.

Katanya kunjungan itu pada awalnya menimbulkan salah sangka sesetengah pihak kerana ia tidak pernah dilakukan sebelum ini.

“Sekarang sudah ada hubungan erat dengan masyarakat bukan Islam. Mereka pun tidak lagi melihat PAS sebagai musuh.

“Hari ini kita teruskan aktiviti tersebut. Inilah idea Tok Guru yang tidak pernah difikirkan orang lain sebelum ini,” katanya di sini.

Tok Guru Nik Abdul Aziz sering kali diundang ke Wat Siam di Tumpat bagi menghadiri perjumpaan dengan masyarakat Siam di rumah ibadat tersebut.

Malah kehadiran pemimpin PAS disambut dengan penuh hormat sami Buddha termasuk yang datang dari Bangkok. – HARAKAHDAILY 28/10/2015

Share on Myspace