Bajet 2015: PAS cadang Elaun OKU dinaikkan

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad mencadangkan agar elaun Orang Kurang Upaya (OKU) dinaikkan agar dapat menampung kehidupan mereka.

Beliau yang turut mempersoalkan peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada Bajet 2016 hanya RM2 bilion berbanding 2015 iaitu RM2.2 bilion.

"Kenapa peruntukan yang diberikan kepada KPWKM dikurangkan berbanding tahun lepas, sepatutnya peruntukan kerana ia melibatkan banyak golongan terutamanya golongan OKU.

"Keutamaan sepatutnya diberikan kepada golongan OKU seperti penambahbaikan pendidikan, kemahiran mahupun memberi peluang pendidikan di luar negara," ucap beliau pada perbahasan Bajet 2016 di Parlimen semalam.

Naib Presiden PAS itu juga mencadangkan agar elaun pekerja cacat dinaikkan daripada RM350 kepada RM550 sebulan.

Sebelum itu, Presiden Orang Kurang Upaya Anggota Melayu Malaysia (POKUAM), Suhairi Abdullah dalam kenyataan beliau berkata agar peruntukan khas diwujudkan bagi pembangunan kemahiran OKU pada bajet kali ini.

Katanya, peruntukan khas tersebut berperanan sebagai medium pembangunan perniagaan yang dijalankan OKU dan ini kerana golongan OKU yang menjalankan perniagaan berdasarkan kemahiran mereka gagal untuk meningkatkan perniagaan kerana latihan kemahiran asas yang diberikan adalah tidak berdaya saing pada masa kini. – HARAKAHDAILY 28/10/2015

Share on Myspace