Kejayaan pertama Generasi, tangguh roboh rumah FRISB

ROSLAN MD ESA | .

ALHAMDULILLAH selepas membawa isu notis perobohan rumah bekas kakitangan Felda Rubber Industries Sendirian Berhad (FRISB) ke Parlimen semalam (27 Oktober) dan sehari sebelumnya mengadakan perbincangan bersama jawatankuasa penduduk, maka kami mendapat khabar gembira bahawa perobohan ditangguhkan.

1. Perobohan pertama yang dijadualkan hari ini (28 Oktober) dimaklumkan kepada kami oleh jawatankuasa penduduk akan ditangguhkan.

2. Kami NGO Generasi amat berterima kasih kepada semua pihak khasnya Ahli-ahli Parlimen PAS yang disertai Ustaz Idris Ahmad, Ustaz Nasrudin Hassan, Datuk Takiyudin Hassan, Ustaz Ahmad Marzuk Shaary, Ustaz Datuk Dr Khairudin Aman Razali, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz serta Dr Che Rosli Che Mat yang bersama-sama kami menyambut kedatangan penduduk perumahan FRISB di Parlimen, semalam.

3. Kesudian mereka menerima dan membawa memorandum kami ke sidang Dewan Rakyat dalam perbahasan Belanjawan 2016 oleh Ustaz Idris Ahmad petang semalam amatlah kami hargai.

4. Kejayaan ini bukanlah penutup kepada usaha kami membela 30 penduduk yang terbabit dengan tindakan perobohan bagi membina Rumah Generasi Kedua Felda di Lurah Bilut itu.

5. Sebaliknya ia satu titik mula kepada NGO Generasi untuk terus membawa isu memperjuang nasib 30 penduduk terbabit untuk mendapatkan rumah sekiranya kelak rumah tersebut dirobohkan kerana kami dan penduduk tidak pernah menolak pembangunan khasnya untuk pembinaan rumah generasi kedua Felda.

6. Kami sendiri sebelum ini berulang kali mendesak kerajaan khasnya Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad mengotakan janji dengan menyiapkan projek perumahan kedua Felda dan memberi peluang kepada anak generasi Felda mendapatkan rumah tersebut tanpa mengambil sikap 'pilih bulu' atau kronisme.

7. Pada hemat NGO Generasi kesemua 30 penduduk perumahan FRISB Lurah Bilut berhak mendapatkan jaminan memiliki rumah PGBF kerana mereka juga anak peneroka Felda yang telah berkhidmat kepada Felda khasnya FRISB di Felda Lurah Bilut yang merupakan Felda pertama di Malaysia dan di dunia.

8. Alhamdulillah kami berterima kasih kepada semua pihak termasuk Pengerusi Lajnah Tanah Peneroka Bandar Dan Orang Asal PAS Pusat, Haji Razman Zakaria yang banyak membantu malah turun padang bagi memperjuangkan nasib penduduk terbabit.

9. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada akhbar Harakah yang memberi luputan khas kepada isu ini dan akan terus memastikan isu-isu penindasan ke atas masyarakat Felda, generasi, warisan diteruskan.

10. Terima kasih tidak terhingga kepada penduduk khasnya kaum-kaum ibu yang cukup lantang dan berani menyuarakan hak mereka sebagai anak warisan Felda.

Moga perjuangan ini mendapat redha Allah.

MEMANGKIN IMPIAN GENERASI

Penulis ialah Presiden Generasi - HARAKAHDAILY 28/10/2015

Share on Myspace