Pada era Tok Guru, Umno buat laporan SPRM

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Kalau sebelum ini Umno dan NGO mesra parti itu sering menjuarai isu dengan melapor dakwaan rasuah pemimpin kerajaan negeri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan Mohd Arif Abdullah berkata, pada zaman arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berpuluh laporan SPRM dibuat Umno.

Katanya, beratus-ratus fail disiasat dan digeledah SPRM namun ternyata akhirnya berjaya membersihkan pentadbiran Tok Guru.

“Tok Guru memberikan 25 jam sehari untuk SPRM membuat siasatan,” katanya di sini.  

Sebelum ini bekas Menteri Besar itu disiasat atas dakwaan dorongan menerima tawaran menunaikan fardhu haji melibatkan kos RM65,000.

Selain itu turut ditohmah isu pelantikan menantunya Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Dan semalam seorang pengundi Mohd Afiq Ayob membuat laporan kepada SPRM terhadap dakwaan rasuah lebih RM5 juta berkaitan kegiatan pembalakan melibatkan seorang pemimpin di negeri ini.

Turut kelihatan hadir di pejabat SPRM semalam bekas aktivis NGO yang lantang memperjuangkan royalti petroleum.

Mohd Arif juga berkata tindakan Mohd Afiq tampil membuat laporan kepada SPRM berkaitan kerajaan negeri lebih baik berbanding membuat tuduhan melalui surat terbuka di media sosial.

“InsyaAllah hasil siasatan SPRM nanti akan menjawab kebenaran dan menghilangkan kekeliruan,” katanya. - HARAKAHDAILY 28/10/2015

Share on Myspace