Israel kembali bunuh pemuda Palestin di Tebing Barat

HARAKAHDAILY | .

Pasukan Israel kembali menembak dan membunuh rakyat Palestin lain di bandar Al-Khalil (Hebron), wilayah pendudukan Tebing Barat, semalam.

Penembakan itu terjadi berdekatan pemukiman haram Israel Kiryat Arba setelah pasukan Israel mendakwa seorang pemuda Palestin hendak menyerang tentera di sebuah pos tentera, pejabat berita Palestin Ma'an melaporkan.

"Tentera Israel menembak 11 peluru tajam ke tubuh pemuda itu, membiarkan dia berdarah di tanah dan meletakkan pisau di tangannya," kata saksi kepada pejabat berita Ma'an.

Aktivis tempatan Imad Abu Shamsieh juga menegaskan insiden itu, sambil menambah bahawa pasukan Israel menghalang pemerhati mendekati tempat kejadian pembunuhan.

Sementara itu, laporan media mengatakan pemuda Palestin cedera oleh pasukan Israel atas tuduhan menyerang seorang peneroka Israel dengan pisau di penempatan Gush Etzion di Tebing Barat, semalam.

Pada hari Selasa sebelumnya, dua warga Palestin yang lain ditembak mati oleh pasukan Israel di Tebing Barat atas tuduhan yang sama. [Islampos]

Share on Myspace