Aset keselamatan berusia 30 tahun - Shahidan

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Memiliki aset keselamatan negara yang berusia 30 tahun merupakan standard bagi negara ini, demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim.

"Standard Malaysia 30 tahun itu tidak lama, kalau negara luar setakat 15 tahun sudah lupus, janji ia boleh beroperasi sebab penyelenggaran yang dijalankan dengan baik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing yang mempersoalkan aset keselamatan negara yang sudah tua.

King Sing turut mempersoalkan peralatan yang dimiliki oleh Esscom ketinggalan zaman dan tidak cukup canggih sehingga tidak dapat mengesan musuh yang berjaya membolosi.

"Macam mana kita boleh kawal dan kerajaan bagi jaminan kepada rakyat Malaysia. Orang Sabah mahu satu jaminan daripada kerajaan," katanya.

Jelas Shahidan sebanyak 92 bot laju yang akan diperoleh pada tahun 2016 memandangkan Esscom dibenarkan untuk dapat aset terus. – HARAKAHDAILY 29/10/2015

Share on Myspace