Saleh Man tegaskan beliau kekal istiqamah

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Adun Permatang Pasir Datuk Salleh Man merupakan ahli PAS seumur hidup dan tidak sama sekali menyertai parti lain dan tidak akan mengkhianati pengundi, ahli dan penyokong yang telah memberikan amanah kepada beliau.

Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Penerangan PAS Kawasan Permatang Pauh Jamsari Samad dalam satu kenyataan.

Penegasan Salleh Man itu dinyatakan dalam satu pertemuan di Pejabat Permatang Pauh Kampung Semagagah bersama Ajk Pemuda dan Muslimat PAS malam tadi.

Sebelum itu PAS Permatang Pauh telah memanggil Salleh Man bagi menyatakan pendirian beliau berhubung beberapa isu yang dibangkitkan oleh ahli, penyokong serta pengundi di Permatang Pauh.

"Pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra di pejabat PAS Permatang Pauh. Kita menegaskan agar program perlu ditingkatkan dari masa ke semasa.

"Kepada semua yang berangapan beliau menyertai parti Amanah adalah tidak betul. Beliau tetap Istiqamah bersama PAS," tegas Jamsari.

Menurut Jamsari, walaupun PAS tiada hubungan dengan DAP tetapi hubungan dengan PKR masih seperti biasa dan beliau masih lagi YDP Majlis Agama Islam Pulalu Pinang yang di lantik oleh Yang Di Pertuan Agung.

Katanya, dalam beberapa program kerajaan negeri yang di sertai oleh bekas pimpinan PAS beliau juga hadir sebagai kapasiti YDP majlis bukan kerana menyokong pendirian mereka.

Pertemuan yang berlangsung selama dua jam itu telah merungkai segala isu yang berbangkit dan beliau berjanji akan terus berhidmat dan membawa suara Islam dan menegur jika kerajaan negeri melakukan perkara yang di luar batas Islam. – HARAKAHDAILY 30/10/2015

Share on Myspace