Van Dun Batu Rakit terbakar, rayu sumbangan derma

HARAKAHDAILY | .

KUALA TERENGGANU: Malang tidak berbau. Sebuah van yang diwakafkan bagi kegunaan PAS Dun Batu Rakit, Setiu yang telah banyak berjasa ke sana-ke mari memberikan khidmat kepada petugas-petugas parti termasuk juga bagi kegunaan menghantar pelajar-pelajar ke sekolah, pada hari ini musnah dalam kebakaran di Kampung Rhu Dua ketika dalam perjalanan menghantar rombongan Ameerah untuk menghadiri satu program parti di Marang.

"Syukur kepada Allah kerana semua penumpang selamat tanpa sebarang kecederaan.

"Tentunya kehilangan van ini sedikit sebanyak akan merencatkan gerak kerja parti yang telah diatur," ujar Ketua Lajnah Kebajikan PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim kepada Harakahdaily.

Katanya, pihak PAS Dun Batu Rakit sebenarnya telah melancarkan satu tabung khas bagi pembelian sebuah van baru untuk mengantikan van yang telah uzur itu.

Tambah beliau, kebakaran yang berlaku pada pagi ini menyebabkan urusan pembelian van baru menjadi lebih mendesak dan perlu disegerakan.

Justeru, bagi pihak Lajnah Kebajikan PAS Terengganu, beliau memohon sumbangan para dermawan yang boleh disalurkan ke akaun BIMB 13062010006511 atas nama Dana Van Batu Rakit.

"Semoga segala sumbangan yang dihulurkan akan diganjari Allah sebaik-baiknya," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 31/10/2015

Share on Myspace