Korban syahid Intifadah III makin bertambah

HARAKAHDAILY | .

Kementerian Kesihatan Palestin pada khamis malam mengumumkan bertambahnya korban jiwa Intifadah III menjadi 64 orang syahid seperti dilapor agensi berita Wafa Palestin.

Dalam kemas kini, Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan mangsa cedera akibat terkena peluru tajam, peluru getah, gas pemedih mata, pemukulan dan pembakaran yang dilakukan warga Yahudi beserta tentera Zionis Israel bertambah 100 orang sehingga mencapai angka 7,200 yang cedera.

Menurut maklumat yang diterima pihak berkuasa Palestin, pertembungan sporadis dengan pasukan Zionis Israel masih berlangsung di bandar Ramallah, Bethlehem dan Hebron.

Memetik laman Eramuslim, hingga kini tentera Zionis Israel masih menetapkan status siap sedia menanggapi meluasnya aksi Intifadah di seluruh penjuru Palestin termasuk sempadan Jalur Gaza.

Share on Myspace