Guna media sosial untuk naikkan imej PAS

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ahli PAS mesti menggunakan media sosial sebagai salah satu medium yang boleh digunakan untuk menaikkan imej PAS di alam maya supaya orang ramai mengetahui perjuangannya.

Oleh itu, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad media sosial harus berperanan membawa kebaikan bukan sebaliknya.

"Ia mesti menjadi alat menyebarkan fikrah perjuangan pada skala yang lebih besar dan luas," ujarnya menerusi laman facebook.

Beliau juga berkata, tidak ada seorang pun yang mukallaf terlepas daripada tanggungjawab untuk membawa risalah agama Allah SWT.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, ia merupakan kesinambungan kerja Rasul-Rasul yang terdahulu.

Katanya lagi, mereka boleh memberi beribu alasan di atas dunia kerana takut kepada manusia.

"Berilah alasan itu sementara mulut masih boleh berbicara tetapi apabila mulut sudah kelu di hadapan Allah, alasan apa pula yang akan diberi. Nauzubillah," katanya. - HARAKAHDAILY 1/11/2015

Share on Myspace