Intifadhah III: Israel tangkap 1,520 warga Palestin

HARAKAHDAILY | .

Jabatan Urusan Tahanan Palestin mengumumkan sebanyak 1,520 warga Palestin telah ditangkap pihak berkuasa Zionis Israel sejak meletusnya gerakan Intifadhah III pada awal  Oktober lalu.

"Data yang kami dapat di lapangan menyatakan bahawa dari 60 % jumlah penduduk yang ditangkap adalah anak-anak," seperti tertulis dalam laporan Jabatan Urusan Tahanan Palestin yang diterbitkan, semalam.

Jabatan Urusan Tahanan Palestin mengkritik keras dasar main asal tangkap yang dilakukan petugas Zionis Israel dan menyebutnya sebagai hukuman kolektif yang sistematik terhadap rakyat Palestin atas gerakan intifadhah.

Sementara itu dalam konteks berkaitan, Jabatan Urusan Tahanan Palestin menyatakan jumlah tahanan pentadbiran meningkat menjadi 500 orang manakala jumlah tahanan kanak-kanak di penjara Zionis Israel mencapai 350 orang. (Eramuslim)

Share on Myspace