Semoga Allah mudahkan jawab soalan SPM

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Muhammad mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM 2015 kepada semua calon, yang bermula hari ini

"Kepada anak-anak yang menduduki peperiksaan SPM. Semoga Allah memudahkan urusan untuk menjawab soalan peperiksaan," tulisnya menerusi laman facebook.

Seramai 440,682 calon berdaftar menduduki peperiksaan itu yang berlangsung di 3,501 pusat peperiksaan seluruh negara sehingga 8 Disember depan.

Daripada jumlah itu, 379,466 adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, manakala 29,799 lagi adalah calon persendirian. - HARAKAHDAILY 2/11/2015

Share on Myspace