AKP menang, bendera Palestin berkibaran di Turki

HARAKAHDAILY | .

AKP, parti Erdogan memenangi pilihan raya parlimen Turki yang digelar hari Ahad, 1 November 2015, dengan kemenangan sebenar 49.41% suara atau 316 kerusi Parlimen (57.45% daripada 550 kerusi).

Dengan demikian AKP kembali berkuasa penuh pemerintahan Turki.

Pelbagai usaha menghancurkan AKP gagal. Strategi Israel menyokong Parti Kurdi gagal, begitu juga dengan lobi Iran, rejim Syria, EU-USA mengalami kebuntuan. Propaganda besar-besaran media-media barat gagal sama sekali.

Para penyokong AKP sontak turun ke jalan-jalan merayakan kemenangan. Bendera Palestin mereka kibarkan.

Ketua AKP yang juga Perdana Menteri Turki Ahmed Davutoglu menyampaikan sambutan di depan para penyokong partinya di bandar Konya, bandar kelahirannya, lapor lama Eramuslim.

"Kemenangan ini bukan kemenangan kita. Ini adalah kemenangan umat kita. Semoga Allah Taala memberkati semua pihak yang berjasa dalam kemenangan ini," ujarnya seperti dikutip pejabat berita Turki Anodulu Agency, semalam.

Ini memang kemenangan yang mendebarkan. Seluruh mata dunia tertumpu ke Turki, kerana Turki adalah pemain peranan utama dunia Islam.

"Mabruuuk untuk rakyat Turky, untuk rakyat Mesir, Palestine dan Syria. Arab spring telah kembali," kata pemerhati Timteng Hasmi Bakhtiar.

"Kemenangan IM di Turky kod keras buat kerajaan kudeta di Mesir, rejim Asad di Syria dan tentu Israel bahawa Arab Spring kembali meletup," ujarnya.

Share on Myspace