AKP menang, getaran luar biasa di Palestin - Haniyeh

HARAKAHDAILY | .

Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh mengucapkan selamat di atas kemenangan AKP di pilihan raya Turki, semalam.

Hal itu disampaikan Haniyeh melalui telefon dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

"Kemenangan AKP ini menyebabkan getaran luar biasa di Palestin terutama di Al-Quds dan Gaza," ujar mantan Perdana Menteri Palestin itu dipetik Eramuslim.com.

Hal itu wajar kerana Erdogan dikenal selalu bersikap menyokong permasalahan Palestin yang ketikaini masih dijajah oleh zionis Israel.

Sementara itu, Presiden Erdogan berterima kasih atas ucapan selamat ini. Erdogan berjanji akan terus menyokong permasalahan Al-Quds.

"Salam hormat saya untuk rakyat Palestin," demikian pesan Erdogan.

Berikut keputusan pilihan raya Turki 1 November dan perbandingan perolehan suara pada pilihan raya bulan Julai:

- AKP: 49.4 % (316 kerusi), Jun: 41.0%
- CHP: 25.3% (133 kerusi), Jun: 25.0%
- MHP: 12.0% (41 kerusi), Jun: 16.3%
- HDP: 10.4% (59 kerusi), Jun: 13.2%
- Parti lain: 2.9%, Jun: 4.6%

Share on Myspace