Fokus bela rakyat, bukan bermain politik - PAS S'gor

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS Selangor terus menumpukan usaha memberi perkhidmatan kepada rakyat dan mengelakkan desakan parti politik lain.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata isu politik perlu diketepikan ketika ini dengan memberi fokus kepada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS).

“PAS berada dalam kerajaan dan tugas kita jalankan tanggungjawab sebagai sebahagian daripada kerajaan," ujarnya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata, sepatutnya fokus kepada kerajaan dan membela rakyat serta memberikan perkhidmatan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri itu berkata demikian kepada media di lobi Bangunan Annex, Shah Alam semalam

Tambahnya, dalam keadaan sekarang semua pihak perlu fokus menyelesaikan masalah rakyat.

“Bukan untuk bermain politik sebab rakyat pun jemu dengan permainan politik serta mahukan sesuatu perbezaan,” tegasnya. - HARAKAHDAILY 3/11/2015

Share on Myspace