Raja Salman hafal Al-Quran pada usia 12 tahun

HARAKAHDAILY | .

RAJA pertama yang membuat pradaksina di sekitar Kaabah tanpa keselamatan. Beliau meninggalkan Presiden AS Obama sendirian kerana Sang Raja harus menunaikan solat Asar.

Raja Salman bin Abdulaziz dari Arab Saudi dikenali sebagai sosok yang sangat banyak membantu para penghafal Quran di seluruh dunia. Selidik punya selidik, beliau ternyata sudah menghafal Al-Quran sejak usia 12 tahun!

Seperti dilansir oleh ummid.com, Raja Salman merupakan raja ketujuh Saudi menggantikan Raja Abdullah yang meninggal dunia. Beliau mulai memerintah Saudi pada 23 Januari 2015. Raja Salman lahir di Riyadh pada 1354/05/10 Hijrah atau bertepatan dengan tanggal 31 Disember 1935, dan bersekolah awal di Princes School. Beliau menghafal seluruh Al-Quran pada hari Ahad, 08/12 pada tahun 1364H.

Selepas menghafal Al-Quran, Raja Salman kemudian mempelajari agama dan ilmu pengetahuan moden di institusi yang sama yang didirikan oleh ayahnya tersebut. Sekolah itu sendiri didirikan oleh Raja Abdulaziz, ayahanda Raja Samlan, di 1356 sebagai wadah pendidikan bagi anak-anaknya.

Sebelum menjadi raja, Raja Salman sudah aktif menggalakkan semua warga Saudi sama ada laki-laki dan perempuan untuk menghafal Al-Qur'an.

Dalam salah satu ucapannya, Raja Salman berkata, "Al-Qur'an adalah salah satu kurnia besar yang diberikan oleh Allah SWT kepada kaum Muslimin, dan apabila kita mematuhi ajaran-ajaran Al-Qur'an kita akan tetap dihormati dan kuat, dan jika kita gagal berbuat demikian maka kita akan dipermalukan".

Ketika beliau menjadi raja, Raja Salman menyingkirkan semua pradaksina di sekitar Kaabah tanpa keselamatan. Hal itu membolehkan mereka yang hadir untuk menemuinya tanpa sekatan.

Ketika Presiden AS Barack Obama melawat Riyadh untuk berbelasungkawa atas kematian Raja Abdullah, Raja Salman meninggalkan Obama sejenak untuk menunaikan solat Asar.

Raja Salman adalah penyongkong utama terhadap kedermawanan di negara-negara Muslim miskin seperti Somalia, Sudan, Bangladesh, Afghanistan dan Bosnia-Herzegovina.

Beliau dianggap sebagai orang yang bijak, seorang pekerja keras dan pengantara dipercayai dalam menyelesaikan konflik. Pemerintahannya di Riyadh disebut sebagai daerah sebagai kawasan bebas rasuah.

Beliau menjalin hubungan yang kuat dengan para pemimpin suku, ulama, intelektual dan media Islam.

Untuk perkhidmatan kemanusiaan, ia telah dianugerahkan banyak pingat, termasuk anugerah dari Bahrain, Bosnia dan Herzegovina, Perancis, Maghribi, Palestin, Filipina, Senegal, PBB, Yaman dan King Abdulaziz Medal - Kelas Pertama. (Islampos)

Share on Myspace