Selangor sasar penurunan kadar air tidak terhasil

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor melalui Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mensasarkan penurunan kadar Air Tidak Terhasil (Non-Revenue Water atau NRM) sebanyak 25 peratus menjelang tahun 2025.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, peratusan NRW sekarang mengikut rekod Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) setakat 31 Disember 2014 adalah sebanyak 33.21 peratus dan disasarkan semakin berkurang kepada 32.46 peratus menjelang 31 Disember 2015.

"Kerajaan negeri mengambil beberapa langkah secara holistik bagi memastikan kadar NRW ini dapat dikurangkan.

"Antaranya ialah memperkasakan kualiti kerja membaikpulih serta merta, mengkormersialkan sumbangan NRW, pengurusan pembangunan, penukaran paip yang lebih daripada 7 tahun dan juga untuk kegunaan pembangunan domestik," ujarnya dalam kenyataan Harakahdaily hari ini.

Menurut beliau, melalui program penurunan NRW ini, kerajaan negeri dianggarkan akan dapat melakukan penjimatan air terawat sebanyak 1,000 (JLH). – HARAKAHDAILY 3/11/2015

Share on Myspace