SPM: Selamat maju jaya, semoga semuanya berjaya

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran:

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ

"Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kalian dan orang-orang yang diberi ilmu (agama) beberapa darjat." (Surah Al-Mujaadilah, ayat 11)

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan (SPM) tahun 2015, buat semua calon di seluruh Malaysia, dengan harapan dan agar semua calon dianugerahkan kecemerlangan dunia dan akhirat.

Pesanan buat semua calon agar sentiasalah menjaga kesihatan diri. Jangan lupa untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan memelihara solat lima waktu, mengamalkan ibadah-ibadah sunnah seperti solat tahajjud dan sebagainya. Mohon maaf dan restu daripada kedua ibu bapa serta guru sebelum masuk ke bilik peperiksaan wajar diutamakan pengamalannya.

Berusahalah dengan gigih bagi memperolehi kejayaan duniawi dan ukhrawi. Bertawakkal kepada Allah SWT setelah berusaha dengan gigih.

Akhir kalam, selamat maju jaya. Semoga semuanya berjaya.

Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

22 Muharram 1437H / 03 November 2015M

Share on Myspace