33 sekolah agama dibina dalam tempoh dua tahun

SAIDAH HAIRAN | .

SHAH ALAM: Dalam tempoh dua tahun kerajaan negeri Selangor membina 33 buah sekolah pendidikan Islam yang terdiri daripada sekolah rendah agama (SRA) dan Maahad Tahfiz Teknologi Sains (MITS).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, pembinaan sekolah agama itu dalam tempoh dua tahun bermula tahun 2013 - 2015.

Menjawab soalan daripada Adun Tanjong Sepat (PAS), Mohd Haslin Hassan katanya, peruntukan pada tahun 2013 sebanyak RM 38,698,287.60; tahun 2014 RM27,341,819,56.

"Tahun 2015 peruntukan RM9,423,957.08 dan jumlah keseluruhan sebanyak RM75,464,064.24," katanya dalam sesi soal jawab sidang DUN, pagi ini.

Bilangan asnaf pula yang menerima bantuan dari tahun 2014 hingga 2015 untuk lapan kawasan bagi fakir RM13,613 miskin RM30,048 jumlah keseluruhan RM43,66.

Katanya, bagi tahun 2015 bilangan asnaf fakir dan miskin (keluarga) yang menerima bantuan zakat bagi tempoh Januari - Ogos 2015 jumlah keseluruhan RM41,664. – HARAKAHDAILY 4/11/2015

Share on Myspace