PRN Sarawak: PAS Bintulu senarai pendek 4 calon

HARAKAHDAILY | .

BINTULU: Menurut YDP PAS Bintulu Ir Azwani, fokus utama PAS Bintulu adalah Dun Jepak dan Samalaju. Empat nama telah disenarai pendek untuk dicalonkan untuk membawa misi kemenangan DUN pertama PAS Sarawak dalam Pilihan Raya umum Sarawak nanti.
 
“Tiga calon adalah terdiri calon lelaki, manakala seorang wanita merupakan Anak Jati Bintulu dan terdiri daripada pelbagai profesyen, antaranya bekas Pegawai Kanan Bintulu Development Authority (BDA) , Jurutera Kanan Petronas dan Usahawan PKS tempatan. Nama-nama calon akan diumumkan setelah DUN Sarawak dibubarkan nanti,” kata Azwani.
 
PAS Bintuu akan memberi tumpuan kepada isu-isu tempatan seperti harga perumahan yang melampau, kos sewa rumah yang tinggi di Bintulu, pencemaran alam sekitar Industri, peluang pekerjaan berkaitan SCORE dan Projek PAN Borneo yang berdekatan di kedua-dua DUN bagi menarik perhatian pengundi.
 
“Di samping itu PAS Bintulu terus giat dengan program kebajikan bersama rakyat tanpa mengira masa. Walau apa pun pandangan orang ramai terhadap usaha PAS, kerja kebajikan tetap diberi keutamaan tanpa mengira bangsa yang berbagai etnik dan agama di Sarawak,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 5/11/2015

Share on Myspace