Jangan fitnah kerajaan berusaha daulatkan Islam

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Islam melarang seseorang yang cuba membangkit fitnah terhadap kerajaan yang berusaha mendaulatkan Islam kerana ia boleh mengelirukan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serata Ngeri Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud berkata rahsia kerajaan merupakan suatu amanah yang tidak boleh disebarkan sesuka hati.

Katanya mereka yang cuba menyebarkan rahsia kerajaan yang hendak melaksanakan Islam secara sembrono disifatkan mempunyai penyakit hati.

“Sebagai wakil rakyat kita tidak boleh sebar rahsia dalaman kerajaan sehingga boleh menimbulkan fitnah kalangan rakyat.

“Hukum sebar fitnah itu adalah tidak boleh. Pernah berlaku peristiwa di zaman Rasulullah SAW cubaan seorang sahabat menyebarkan rahsia baginda kepada masyarakat musyrikin Makkah.

“Sahabat terbabit mengirim surat melalui seorang wanita untuk dihantar ke Makkah namun dihidu Rasulullah dengan mengarah sahabat menahan wanita terbabit,” katanya pada persidangan Dun Kelantan, di sini.

Menurutnya juga sebagai seorang pemimpin ada tempatnya bagi membangkitkan sesuatu isu dan bukannya di tempat terbuka.

Kata beliau perlu ada sikap collective responsibility sebagai seorang pemimpin.

Sebelum ini seorang penyokong kerajaan sering membuat teguran terbuka di media sosial berkaitan beberapa isu termasuk tunggakan pinjaman kakitangan Yayasan Islam Kelantan (Yik). - HARAKAHDAILY 6/11/2015

Share on Myspace