Pelancaran agen Kad Istiqamah 11 Nov

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Harakah akan melancarkan agen bagi Kad Istiqamah pada 11 November ini bertempat di MyHarakah Bazar, Jalan Pahang di sini.

Pelancaran itu bertujuan untuk memberi peluang kepada mana-mana pihak ataupun PAS cawangan serta kawasan yang berminat untuk menambah pendapatan.

Pengurus Pemasaran Harakah, Ahmad Faisal Tawang ketika ditemui berkata pihak Harakah membuka peluang kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi agen Kad Istiqamah atau Kad Setia pelanggan.

"Kita memberi komisyen sebanyak 40 peratus kepada setiap agen, ini memberi peluang untuk kita menambah pendapatan di saat ekonomi yang semakin teruk ini.

"Selain itu ruang yang disediakan ini membolehkan PAS mana-mana cawangan atau kawasan boleh mencari dana mereka sendiri," katanya.

Menurut beliau, pelancaran tersebut akan disempurnakan oleh Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakop.

"Program bermula jam 2 petang dan kita jemput semua hadir, kita akan terangkan kebaikan serta fungsi kad tersebut," katanya lagi.

Kad Istiqamah terdiri tiga kategori iaitu Silver, Gold dan Platinum.

Setiap kategori menawarkan pakej serta penebusan mata ganjaran di kedai buku MyHarakah Bazar dan gerai MyHarakah Bazar di mana-mana tapak karnival atau jualan. - HARAKAHDAILY 6/11/2015

Share on Myspace