Apa perlu wujud kerajaan perpaduan dengan Umno

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan tiada keperluan untuk mengadakan kerjasama politik dengan Umno iaitu sebuah parti yang semakin ditolak rakyat.

Beliau berkata, kerjasama erat antara PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat Selangor ketika ini menyebabkan mereka dapat menerajui kerajaan negeri dengan selesa.

“Masa krisis Menteri Besar dulu juga kita tak pernah bincang nak kerjasama dengan Umno dan saya lihat tidak ada keperluan kerjasama dengan mereka sekarang.

“Apa perlu kita wujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno yang tertekan dan Pakatan yang mengawal sekarang ini. Apa perlunya?" tanya beliau dipetik Selangor Kini.

Iskandar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri menambah orang Umno sendiri pun sudah tidak mahu dengan parti itu lagi.

Beliau turut menegaskan PAS Selangor akan menolak cadangan itu jika ditimbulkan sebarang pihak pada masa akan datang.

Share on Myspace