MP PAS akan sokong undi tidak percaya kepada PM

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Penjelasan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa parti mengambil sikap berkecuali dalam Bajet 2016 dengan alasan-alasan yang dinyatakan, tetapi, akan menyokong usul tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta tidak akan mengadakan kerjasama politik dengan Umno adalah tepat dan selari dengan keputusan parti.

Ketua Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali berata, seperti yang disebut Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak, masalah 1MDB dan isu-isu berkaitan telah menyebabkan susah untuk mempromosikan Malaysia.

Menurutnya, semua masalah itu berkait dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak termasuk derma RM2.6 bilion yang sudah menjadi jenaka dunia.

"Saya yakin ahli Parlimen PAS akan melaksanakan keputusan parti yang telah dibuat," ujarnya dalam satu kenyataan. - HARAKAHDAILY 6/11/2015

Share on Myspace