Murah sangatkah harga diri pemimpin PAS?

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Saya terkejut apabila bekas pemimpin tertinggi PAS mengatakan PAS akan dilantik sebagai penasihat yang bergaji menteri," ujar Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.

Jugteru, katanya kalau boleh tolong dengar dengan telinga dan hati yang terbuka apa yang dimaksudkan oleh Presiden PAS.

Beliau berkata, kenyataan Presiden PAS boleh didengari melalui rakaman penuh.

"Janganlah marah dengan PAS sehingga sanggup membuat tuduhan yang tidak berasas.

"Murah sangatkah harga diri pemimpin PAS?" tanya beliau lagi menerusi laman facebook.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menambah, apabila hati sudah benci apa sahaja yang dibuat semua tidak kena.

Sebaliknya, kata beliau apabila hati sudah sayang, yang salah pun akan diperbetulkan dan berusaha untuk mencari hujah.

Menurutnya lagi, memang sukar untuk mendidik diri supaya menjadi manusia yang boleh berlaku adil kepada orang lain. - HARAKAHDAILY 7/11/2015

Share on Myspace