Perkara itu tidak benar sama sekali - Azmin

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Dakwaan kononnya Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang cuba mempengaruhi Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menyertai parti itu dan bergabung dengan Umno di Selangor adalah tidak benar.

Azmin yang juga Menteri Besar berkata perkara seumpama itu tidak pernah dibincangkan sebelum ini.

“Saya jumpa semua presiden parti. Bagaimanapun perkara itu adalah tidak benar sama sekali,” katanya dipetik Selangor Kini.

Enggan mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, kerajaan negeri masih kukuh dan barisan Exco serta wakil rakyat terus berkhidmat untuk rakyat.

“Itu adalah fokus kita. Biar kami kuat kerja. Sesiapa mahu bercakap hal politik silakan tetapi saya hanya akan bercakap soal kerja kerana saya mahu kerja,” katanya.

Share on Myspace