Peluru mudah tuduh PAS kerjasama dengan Umno

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Peluru yang paling mudah untuk menghakis kepercayaan orang ramai dan memecah belah dalam kalangan ahli ialah menuduh PAS hendak bekerjasama dengan Umno.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata jika tengok pemimpin PAS minum kopi bersama pemimpin Umno, terus dituduh sedang berbincang untuk bersama dengan Umno.

"Pada hal kita telah jelaskan jika ada di kalangan individu hendak dengan Umno, dia seorang sahaja akan pergi," jelasnya menerusi laman facebook.

Beliau berkata, PAS membuat keputusan dasar melalui mesyuarat.

Justeru, kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu orang yang tidak hadir mesyuarat tidak tahu apa yang PAS bincang dan putuskan.

"Sebab itu kita wajib hadir mesyuarat yang penting," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 8/11/2015

Share on Myspace