Tentara rejim Assad kembali guna gas kimia beracun

HARAKAHDAILY | .

Pertubuhan kimia antarabangsa menuding tentera rejim Syiah Assad kembali menggunakan gas kimia beracun dalam konflik di Syria, selepas didapati adanya zat mustard di bandar Mar'e dalam serangan pada bulan Ogos lalu, lapor laman web Eramuslim.

"Doktor kami mendapati seorang pesakit yang mengalami kesukaran bernafas dan luka lebam selepas sebuah roket menghentam wilayah di sekitar rumah mangsa pada 21 Ogos lalu," tulis Pertubuhan Pengharaman Senjata Kimia Syria dalam laporan pada bulan November.

Organisasi Pengharaman Senjata Kimia Syria menyatakan bahawa gas beracun yang digunakan tentera kerajaan dalam serangan tersebut berjenis Mustard.

Mustard sendiri adalah buih dan unsur perantara alkali. Bahan kimia ini tak berwarna dalam keadaan murni, namun secara umum berwarna kuning hingga coklat dan sedikit berbau mustard atau bawang putih.

Gas Sulfur Mustards boleh menyebabkan luka pada kulit, mata dan saluran pernafasan jika terkena langsung. Tidak ada penawar racun atas keracunan zat ini, satu-satunya cara yang berkesan iaitu dengan mengurangkan pencemaran semua daerah yang terkena.

Selain itu gas ini dapat menyerang sistem saraf pusat yang boleh menimbulkan kematian beberapa minit selepas terdedah.

Cara kerja gas ini boleh memasuki tubuh melalui pernafasan, pencernaan, mata dan kulit.

Share on Myspace