Terengganu digesa tolak perlombongan bauksit

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan Terengganu digesa akan tidak meluluskan apa-apa permohonan perlombongan bauksit di negeri itu.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan kerajaan negeri perlu tegas dalam isu perlombongan ini kerana ia mengakibatkan pencemaran serta menjejaskan kesihatan orang awam.

"Kita khuaitir dengan kenyataan Menteri Besar Terengganu dalam isu pemohonan perlombongan bauksit di negeri ini.

"Kerana ini dikhuitiri akan membuka ruang kepada aktiviti perlombongan yang tidak terkawal," katanya dalam satu kenyataan media.

Tegas beliau, kerajaan negeri diingatkan agar tidak berselindung di sebalik hujah 'masih memperincikan', 'banyak perkara diambil kira', 'tetapi dengan syarat' dan 'akan meneliti' untuk menjadi helah bagi meluluskan sebarang permohonan.

"Apa jua istilah digunakan di sebalik permohonan syarikat perlombongan demi meraih sedikit keuntungan ia tidak berbaloi untuk digadai dengan kepentingan awam rakyat Terengganu.

"Sekiranya tetap diluluskan, masalah pencemaran bauksit serta kerosakan jalan seperti yang berlaku di sekitar jalan menghala ke Pelabuhan Kuantan dan kawasan perindustrian Gebeng yang berpunca daripada bauksit akan berlaku di Terengganu," katannya lagi.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat itu mengulangi agar Kerajaan Terengganu tidak berdolak-dalik dalam menentukan semua permohonan untuk aktiviti melombong bauksit di begeri itu. – HARAKAHDAILY 9/11/2015

Share on Myspace