Rejim Al-Sisi tidak bertahan lama - Ikhwanul Muslimin

HARAKAHDAILY | .

Pertubuhan Ikhwanul Muslimin menyatakan bahawa pemimpin rampasan kuasa Abdel Fattah Sisi tidak akan mungkin memimpin Mesir dalam masa yang lama, terlebih dengan apa yang sedang berlangsung selepas rampasan kuasa pada tahun 2013.

"Kegagalan rejim rampasan kuasa dalam menguruskan keselamatan negara, ekonomi, dan hubungan luar negeri akan menjadi penyebab utama tumbangnya rejim ini," tulis Ikhwanul Muslimin dalam posting di Facebook, semalam sebagaimana dilaporkan laman web Eramuslim.

Ikhwanul Muslimin meneruskan, "Apa yang dilakukan rejim tentera saat ini adalah pengkhianatan nyata terhadap negara dengan menjual Sinai kepada Zionis Israel, menaikkan harga barang keperluan masyarakat, membunuh rakyat tidak bersalah".

Organisasi yang ditubuhkan oleh Hasan Al Banna ini menekankan bahawa pihaknya bersedia bekerja sama dengan semua pihak di Mesir yang ingin menyelamatkan negara itu daripada ketidakadilan, pelanggaran kebebasan dan hak-hak dasar manusia, apapun pengorbanannya.

Share on Myspace