Rakyat Palestin mampu cipta keajaiban lawan Israel

HARAKAHDAILY | .

KELOMPOK pejuang Hamas menyatakan rakyat Palestin mampu mencipta keajaiban dan akan mencapai kemenangan dengan tangannya terhadap Israel.

Hal ini terbukti seperti yang dilakukan para pahlawan bersenjata yang berlaku semalam.

Melalui juru bicaranya, Hussam Badran, Hamas memuji tindakan yang dilakukan 3 pahlawan perjuangan itu pada hari Ahad.

Perjuangan itu dilakukan sebagai tindakan balasan atas darah para syuhada dan membela kehormatan umat dan tempat-tempat sucinya, yang telah mengkibatkan enam Yahudi cedera, tiga daripadanya dalam keadaan parah.

Badran menegaskan bahawa Sulaiman Adil Muhammad Syahin, Halwah Sulaim Ilyan dan pelaku bersenjata penikaman di Qilqilia, menyambut seruan tanah air.

Mereka berontak untuk membela atas kezaliman yang dialami rakyat dan keluarganya. Mereka menegaskan bahawa tidak ada tempat bagi penjajah di atas tanah suci Palestin.

Badran menegaskan seruannya kepada rakyat Palestin di seluruh wilayah pendudukan untuk terus meneruskan intifadhah dan melawan penjajah Israel di seluruh tempat mereka berada. (Islampos)

Share on Myspace