PAS Kemaman serah rumah kepada mangsa banjir

HARAKAHDAILY | .

KUALA KRAI: PAS Kawasan Kemaman hari ini menyerahkan sebuah rumah secara rasmi kepada mangsa banjir 2014, Abdul Kadir Teh.

Rumah yang dibina dengan kos RM40,000 daripada hasil sumbangan orang ramai disiapkan dalam tempoh 2 bulan.

Rumah Abdul Kadir rosak teruk dalam bencana banjir di Kelantan tahun lepas.

Penyerahan dibuat oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Kemaman, Ustaz Alias Hamid kepada tuan rumah disaksikan oleh Adun Mengkebang yang juga YDP PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abd Rahman.

Turut serta ialah Timbalan YDP PAS Kemaman, Ustaz Nik Nasri Nik Malek, Md Hafiz Adam (setiausaha), Hanafiah Mat (Adun Chukai) dan Ketua Urusan Ulamak Ustaz Ali Muhammad. - HARAKAHDAILY 10/11/2015

Share on Myspace