Manusia ini akan mendatang masalah kepada jamaah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Mesyuarat merupakan medan mengeluarkan pandangan," kata Naib residen PAS, Idris Ahmad.

Justeru, ujarnya pro dan kontra suatu idea adalah lumrah di dalam mesyuarat.

"Jangan pula proses perbincangan yang belum menjadi keputusan kita bawa keluar," ujarnya menerusi laman facebook.

Menurutnya, ahli mesyuarat yang tidak berguna sekali ialah dia hanya datang untuk memberi pandangan dan selepas itu dia keluar.

"Pandangan orang lain, dia tidak mahu mendengar. Manusia ini memang akan mendatang masalah kepada jamaah," tambahnya yang juga Ahli Parlimen Bukt Gantang. - HARAKAHDAILY 10/11/2015

Share on Myspace