Penculikan tidak dapat sekat intifadhah anti Israel - Hamas

HARAKAHDAILY | .

GERAKAN perjuangan Islam Palestin yang berpusat di Gaza, Hamas mengutuk keras penculikan terbaru Israel di wilayah pendudukan Tebing Barat, Press TV melaporkan.

Hamas berkata langkah Israel tersebut tidak akan berjaya menekan intifadhah yang berterusan rakyat Palestin terhadap rejim Tel Aviv.

Pada Isnin malam kelmarin, pasukan Israel menculik sekurang-kurangnya 24 aktivis Hamas dalam serangan di daerah Qalqilya di Tebing Barat.

Sumber mengatakan Israel masuk ke rumah dan menyoal keluarga Palestin ketika mencari harta mereka.

"Penangkapan Israel semalam terhadap aktivis Hamas di Tebing Barat tidak akan berjaya menekan intifadhah," kata Hamas dalam satu kenyataan di laman web rasminya.

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri juga mengatakan pada hari ini (11 Oktober) bahawa penangkapan, pengawasan dan tindakan-tindakan represif lain yang dilakukan oleh rejim Israel hanya akan mengukuhkan tekad Palestin untuk meneruskan perjuangan.

Zuhri juga memberi amaran bahawa rejim Tel Aviv akan membayar harga untuk kejahatan mereka. (Islampos)

Share on Myspace