Tanah runtuh di Km 52.4 Lentang-Bukit Tinggi

BERNAMA | .

KUANTAN: Sebahagian laluan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ditutup kepada pengguna ekoran kejadian tanah runtuh di Km 52.4 berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada pukul 7.18 malam tadi.

Anih Berhad dalam satu kenyataan berkata laluan di kedua-dua arah ditutup sebagai langkah keselamatan dengan keadaan cuaca dilaporkan masih hujan.

Pengguna dari arah Kuala Lumpur diminta supaya menggunakan jalan alternatif laluan dalam di Bukit Tinggi atau Kawasan Rehat Lentang, manakala pengguna dari arah Kuantan boleh menggunakan jalan dalam dari Bentong Timur.

Sementara itu, Ketua Polis Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor mengesahkan kejadian itu tidak melibatkan kehilangan nyawa.

"Kerja pembersihan telah dimulakan pada jam 8 malam," katanya. - Bernama

Share on Myspace