Lim Guan Eng, kenapa anda pula yang kalut?

AHMAD FADHLI SHAARI | .

SAYA membaca kenyataan Lim Guan Eng berhubung ugutan bunuh yang didakwa diterima oleh bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa di dalam satu panggilam telefon yang diterima oleh isterinya. Secepat kilat Lim Guan Eng mengaitkannya dengan teguran Datuk Husam berhubung isu pembalakan di Kelantan.

Lim Guan Eng dilaporkan berkata, "All he did was to expose the plans to clear permanent forest reserves in Kelantan and now his wife received a death threat yesterday.." Kenyataan ini boleh diakses di pautan: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/guan-eng-tells-kelantan-cops-to-protect-ex-pas-veep-after-alleged-death-thr

Saya suka mengingatkan Lim Guan Eng, tidak payahlah bersusah-susah membuat spekulasi apa yang berlaku di Kelantan dengan mengaitkan dengan isu-isu lain.

Laporan polis telah dibuat dan siasatan akan dijalankan. Serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat. Mana-mana individu yang membuat kesalahan ugutan bunuh ini wajib dihadapkan ke muka pengadilan. Budaya ugut-mengugut ini tiada tempat dalam amalan politik di Malaysia.

Cuma barangkali Lim Guan Eng telah lupa, pada 8 Jun 2013, bekas Naib Pengerusi DAP juga telah membuat laporan polis menyatakan bahawa dirinya telah menerima ugutan bunuh.

Pada masa itu, Tunku Aziz juga yakin ugutan yang diterimanya bermotifkan politik ekoran kritikan yang dibuatnya terhadap DAP yang merupakan bekas partinya pada masa itu. Ia boleh dirujuk di laman web: http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2013/06/08/terima-ugutan-bunuh-bekas-naib-presiden-dap-tunku-aziz-buat-laporan-polis/

Tidak pula mana-mana pihak di dalam kepimpinan PAS sibuk membuat kenyataan mengaitkan ugutan bunuh Tunku Aziz dengan kritikan terhadap DAP. Semuanya tunggu dan lihat hasil siasatan polis.

Bahkan tuan sendiri pun nampak yakin dengan pihak polis untuk membuat siasatan apabila membuat laporan terhadap ugutan bunuh yang tuan terima pada 12 September 2013. Ia masih boleh dirujuk di: http://www.sinarharian.com.my/ugutan-bunuh-guan-eng-buat-laporan-polis-1.201744

Tuan sendiri membuat laporan polis dan kita semua menunggu hasil siasatan tanpa perlu membuat spekulasi.

Persoalan saya mudah sahaja, kenapa tiba giliran PAS dan Kelantan, tuan menyibuk untuk membuat kenyataan? Atau sememangnya tuan ada rahsia tersendiri sehingga sangat berminat dengan PAS dan Kelantan? - HARAKAHDAILY 13/11/2015

Penulis ialah Ketua Pemuda PAS Kelantan.

Share on Myspace