PAS kecam serangan maut di Paris

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .

Dan tidaklah Kami mengutus kamu (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam. (Surah Al-Anbiyaa’ ayat 107) 

PAS merakamkan ucapan takziah terhadap semua mangsa serangan maut yang berlaku di beberapa lokasi di Perancis semalam yang mengorbankan hampir 200 nyawa.   

PAS juga merakamkan ucapan takziah kepada Presiden Perancis Francois Hollande dan seluruh rakyat Perancis di atas insiden yang mengejutkan ini. 

PAS mengecam sebarang tindakan kejam membunuh orang awam walau untuk apa tujuan sekalipun. 

PAS selari dengan ajaran Islam sangat memandang keras perbuatan membunuh orang awam yang tidak bersalah dan menimbulkan suasana tegang dan ketakutan di dalam masyarakat.  

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS    
01 Safar 1437H / 14 November 2015M – HARAKAHDAILY 14/11/2015

Share on Myspace