Ahli PAS mesti berbangga dengan akhbar parti

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: “Sebagai ahli PAS kita mesti berbangga dengan akhbar parti. Perasaan kita terlalu gembira apabila kita melihat orang membacanya di dalam kedai makan, lapangan terbang, di dalam bas, LRT,” ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Oleh itu, katanya jadilah ahli PAS yang boleh menyumbang kepada penyebaran maklumat parti.

Menurutnya, mudah sahaja untuk menyumbang saham kemenangan kepada PAS.

Kata beliau lagi, Harakah ialah akhbar parti dan akhbar alternatif.

“Dapatkan maklumat parti daripada akhbar parti. Ia merupakan berita parti dan pendirian parti secara rasmi,” ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menerusi laman facebook.

Katanya, ketika pihak yang tidak senang dengan PAS cuba membentuk persepsi yang tidak baik, maka jadikanlah Harakah sebagai sumber pencerahan maklumat. – HARAKAHDAILY 15/11/2015

Share on Myspace